KUALA LUMPUR: Malaysia Capital Institute dan Asia Vision Capital melancarkan Dana ISPCI bernilai RM400 juta bagi menyediakan akses modal swasta patuh syariah kepada syarikat berpertumbuhan tinggi yang mahu mengembangkan perniagaan dan meneroka pasaran modal.
Dana Integrated Shariah Private Capital Fund (ISPCI) itu memberi tumpuan kepada tiga bidang pelaburan utama iaitu pembiayaan pra-tawaran awam permulaan (IPO), pembiayaan korporat dan pembiayaan berasaskan kontrak.
Menurut kenyataan bersama Malaysia Capital Institute dan Asia Vision Capital, mandat pelaburan dana berkenaan dirangka untuk menyokong pertumbuhan korporat, penstrukturan semula modal serta perjalanan syarikat yang layak menuju pasaran modal serantau dan antarabangsa.










