New York: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat mengeluarkan US$160 juta ((RM712 juta) dana kecemasan untuk menyokong bantuan menyelamatkan nyawa di 12 negara dan wilayah yang berdepan isu keperluan kemanusiaan yang teruk, kata pegawai kemanusiaan PBB, lapor Xinhua.
Menurut Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), Tabung Tindak Balas Kecemasan Pusat menetapkan US$150 juta (RM667.5 juta) daripada peruntukan untuk Afghanistan, Burkina Faso, Cameroon, Chad, Cuba, Mali, Niger, wilayah Palestin yang diduduki, Somalia, Sudan Selatan, Sudan dan Yaman.
Tambahan US$10 juta (RM44.5 juta) diperuntukkan untuk menangani keperluan mendesak orang kurang upaya merentasi 12 kecemasan kemanusiaan dan menjadikan bantuan lebih mudah diakses dan inklusif, menurut OCHA.








