Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Ahmad Marzuk Shaary, berkata mana-mana pelarian melanggar undang-undang patut disiasat dan dihadapkan ke mahkamah. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang menyeru orang ramai tidak mendiskriminasikan keseluruhan pelarian hanya disebabkan perbuatan individu.

Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa), berkata pelarian yang melanggar undang-undang sepatutnya disiasat dan dihadapkan ke mahkamah.

"Tapi, jangan pulak kesalahan seorang individu secara peribadi, dijadikan alasan untuk hukum seluruh bangsa dan komuniti. Dosa individu jangan jadikan dosa satu kaum," katanya membahaskan laporan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pengurusan pelarian di Malaysia.