FAM pada 30 Sept berkata pihaknya melantik bekas timbalan ketua polis negara Ayob Khan Mydin Pitchay sebagai pengerusi jawatankuasa integriti dan Mohd Shuhaily Mohd Zain sebagai timbalannya.

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Mohd Shuhaily Mohd Zain menolak pelantikannya sebagai timbalan pengerusi jawatankuasa integriti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

FAM berkata Shuhaily menolak pelantikan itu kerana kekangan masa dan tanggungjawabnya di AKPS.

"FAM menghormati keputusan tersebut serta merakamkan penghargaan kepada beliau atas kesediaan dan komitmen sebelum ini untuk membantu FAM dalam memperkukuhkan aspek integriti dan tadbir urus," kata persatuan itu dalam hantaran di Facebook.