PUTRAJAYA - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menziarahi pusara Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali di Pusara Negara, Presint 20, di sini pada Selasa.Kunjungan itu dikongsikan Abdul Hadi menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini dengan menitipkan doa buat Allahyarham yang meninggal dunia pada 28 September lalu pada usia 100 tahun.Dalam hantaran itu, Abdul Hadi mendoakan agar ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosa serta menerima segala amal kebajikannya."Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum, mengampuni segala dosanya, menerima segala amal kebajikannya, serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman, beramal soleh dan dikurniakan tempat yang mulia di sisi-Nya."Al-Fatihah," katanya.Turut hadir dalam kunjungan itu ialah Setiausaha Politik Presiden Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman.Abdul Hadi turut disantuni anak Allahyarham, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika berada di kawasan pusara berkenaan.Allahyarham Tun Dr Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 28 September lalu sebelum selamat disemadikan di Pusara Negara pada hari sama menerusi Istiadat Pengebumian Pembesar Negara.