KUALA LUMPUR - Keterangan saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) antara aspek siasatan yang akan diteliti Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung kontroversi membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, kertas siasatan kes itu sudah diterima pihaknya pada Selasa."Pihak jabatan akan meneliti pelbagai aspek siasatan termasuklah keterangan saksi, rakaman CCTV sebelum memutuskan tindakan lanjut."Orang ramai digesa tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail bahawa kertas itu akan dirujuk kepada AGC untuk penelitian, nasihat dan arahan selanjutnya, selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.Sebelum itu, Mohd Shuhaily menyatakan kesediaan menerima apa sahaja keputusan atau tindakan kerajaan susulan insiden video tular di KLIA pada 28 September lepas.Berikutan itu, polis sudah merakam percakapan seramai 25 orang saksi terdiri daripada pegawai dan anggota PDRM, pegawai AKPS, anggota polis bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), pekerja sistem pengendalian bagasi, pegawai perubatan serta saksi bebas.
Kontroversi KP AKPS: AGC teliti aspek keterangan saksi, rakaman CCTV

Key takeaways
AGC akan meneliti keterangan saksi dan rakaman CCTV dalam siasatan kontroversi Ketua Pengarah AKPS.
- AGC akan meneliti keterangan saksi dan rakaman CCTV.
- Pihak AGC akan membuat keputusan tindakan lanjut setelah meneliti aspek siasatan.
- Polis telah merakam keterangan 25 orang saksi terdiri daripada pelbagai pihak.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AFHAM RAMLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Polis rujuk kertas siasat babit video tular KP AKPS kepada AGC
- Free Malaysia Today AGC akan teliti rakaman CCTV, keterangan saksi dalam kes Shuhaily
- Sinar Harian Kontroversi KP AKPS: AGC teliti aspek keterangan saksi, rakaman CCTV (this story)








