Bukit Aman sedang menyiasat dakwaan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Shuhaily Zain menyerang dua anggota polis di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) akan meneliti keterangan saksi, rakaman CCTV dan bukti lain sebelum menentukan tindakan lanjut berhubung dakwaan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Shuhaily Zain menyerang dua anggota polis.

Peguam Negara, Dusuki Mokhtar memaklumkan perkara itu menerusi pesanan teks sebagai respons kepada pertanyaan berhubung kertas siasatan, yang dijangka diserahkan polis kepada AGC hari ini.

"AGC akan meneliti setiap aspek siasatan, sebelum sebarang tindakan lanjut boleh diambil dalam kes ini," katanya.