am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Dewan sekolah, iaitu lokasi kejadian pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, ditemukan maut selepas disyaki dibunuh kelmarin, tidak dilengkapi dengan kemudahan kamera litar tertutup (CCTV).

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata sekolah menengah di Yong Peng itu mempunyai CCTV, namun ia tidak dipasang di tempat kejadian jenayah itu berlaku.

"Jadi, kita sedang tambah baik, kita ambil tindakan terus.

"Sebab itu, selain daripada fasa (menambah kemudahan CCTV), mana-mana sekolah yang sudah pun mempunyai CCTV dan CCTV itu tidak berfungsi atau rosak, sila maklumkan kepada kita untuk kita sama-sama tambah baik dan ambil tindakan supaya ia berfungsi untuk merakam serta merekodkan kejadian di sekolah," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.