PETALING JAYA – “Hebatnya cinta Tun M pada isteri.”

Demikian luahan pengguna media sosial, Mukmin JJ yang tersentuh melihat gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menziarahi pusara isterinya, Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di Pusara Negara, Putrajaya hari ini.

Komen itu ditulis pada hantaran gambar yang dimuat naik menerusi Facebook Dr Mahathir, yang sekali lagi mengundang perhatian orang ramai terhadap hubungan pasangan negarawan itu selepas lebih tujuh dekad mendirikan rumah tangga.

Lebih menyuntuh hati, Dr. Mahathir hadir ke pusara itu ketika beliau masih menjalani rawatan dan pemantauan di Institut Jantung Negara (IJN), malah dilihat berkerusi roda dengan jarum di lengan serta alat bantuan oksigen pada hidung.