Dua nama ikonik dalam atmosfera muzik indie tempatan, OAG dan The TImes bakal bergabung dalam satu konsert istimewa menerusi Disko Dansa Generasiku, Sabtu ini, 10 Oktober 2026 yang bertempat di Odeon, Kuala Lumpur.

Konsert tersebut bakal menampilkan lagu-lagu popular yang membentuk perjalanan muzik kedua-dua kumpulan, selain memberikan peluang kepada peminat untuk menyaksikan gabungan yang unik OAG dan The Times di atas satu pentas.

Lebih istimewa, kedua-dua kumpulan ini akan mempersembahkan 10 lagu kegemaran sepanjang zaman khas untuk yang hadir pada malam itu.

Persembahan berkenaan dijangka menampilkan dua dram, dua bass, empat gitar serta dua vokalis yang berkongsi pentas dalam satu persembahan.