KUALA LUMPUR - Pemilikan hak cipta bagi karya yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) perlu dibuktikan bagi menentukan pihak yang berhak ke atas karya berkenaan.Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Shamsul Nizam Khalil berkata, terdapat syarat tertentu yang perlu dipenuhi bagi menentukan sama ada sesuatu karya yang dihasilkan dengan bantuan AI layak mendapat perlindungan hak cipta."Hari ini kita bercakap tentang AI. Siapa pemilik hak cipta? Perkara itu perlu dibuktikan kerana dalam hak cipta terdapat syarat yang perlu dipatuhi dan cabaran utama pada masa ini ialah bagaimana memastikan keaslian sesuatu karya."Selain itu, karya berkenaan perlu direkodkan, ditulis dan dizahirkan dalam bentuk bahan. Idea semata-mata bukan hak cipta, sebaliknya apabila idea tersebut diterjemahkan kepada sesuatu bentuk karya, barulah ia boleh dipertimbangkan sebagai hak cipta," katanya.Beliau berkata demikian ketika menjadi panel Forum Media bertajuk 'AI, Media dan Harta Intelek: Siapa Pemilik, Siapa Bertanggungjawab?' anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dengan kerjasama Institut Media Malaysia (MPI) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Selasa.Shamsul Nizam berkata, terdapat beberapa kaedah di bawah protokol perundangan yang boleh digunakan bagi membuktikan seseorang menghasilkan sesuatu karya.Menurutnya, aspek pembuktian amat penting apabila berlaku perkongsian atau penggunaan kandungan tanpa kebenaran, termasuk melalui penyimpanan rekod berkaitan aktiviti tersebut."Kita perlu membuat pemeliharaan bukti, merakam, mengambil tangkap layar dan sebagainya supaya aktiviti berkenaan boleh digunakan untuk mengesan pihak yang menghasilkan atau berkongsi kandungan itu. Dengan cara tersebut, kita dapat mengenal pasti pihak yang mula-mula menyebarkannya," katanya.Beliau berkata, pembuktian berdasarkan keperluan undang-undang perlu diteliti terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan boleh diambil terhadap pihak yang melanggar peruntukan undang-undang.Sementara itu, Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Yusnieza Syarmila Yusoff yang turut menjadi panel forum berkenaan berkata, pengamal media tempatan perlu memahami cabaran dan dinamika harta intelek (IP) dalam era AI, khususnya apabila teknologi itu semakin meluas digunakan dalam penghasilan kandungan kewartawanan.Menurutnya, antara aspek yang diberi perhatian termasuk hak milik karya yang dijana AI, liabiliti pelanggaran hak cipta, penstriman tanpa kebenaran serta amalan pengubahsuaian kandungan atau remix."Perbincangan turut menilai impak penghasilan kandungan baharu menggunakan bantuan AI terhadap ekosistem IP sedia ada dalam bidang kewartawanan."MyIPO komited menjadi fasilitator dan rujukan utama bagi memastikan komuniti media tidak ketinggalan dalam memahami garis panduan IP selaras dengan pematuhan etika serta perundangan digital," katanya.
Karya AI perlu dibuktikan sebelum layak terima perlindungan hak cipta

Key takeaways
Karya AI perlu dibuktikan untuk mendapatkan perlindungan hak cipta, termasuk rekod dan bukti penghasilannya.
- Pemilikan hak cipta karya AI perlu dibuktikan melalui rekod dan bukti penghasilan.
- Idea sendiri tidak dilindungi, tetapi karya yang ditulis dan diterjemahkan boleh dilindungi.
- Pembuktian penting untuk mengenal pasti pihak yang melanggar hak cipta.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIDAH ASSAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Sinar Harian Karya AI perlu dibuktikan sebelum layak terima perlindungan hak cipta (this story)








