am@hmetro.com

Kota Bharu: Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, memerintahkan kerajaan negeri dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas membayar ganti rugi sebanyak RM17.46 juta kepada 140 peserta FELCRA Bukit Tandak.

Ganti rugi itu adalah berkaitan pengeluaran tender pembalakan pokok getah milik mereka yang tidak sah.

Hakim Mahkamah Tinggi Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman membenarkan tuntutan peserta FELCRA terbabit menerusi saman sivil difailkan Abdul Latiff Putih dan 347 yang lain pada 2020.

Tuntutan saman berkenaan, antara lain difailkan terhadap Kerajaan Negeri Kelantan dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas.