hidayah.tanzizi@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: "Arwah Cikgu Azlina adalah guru yang 'melahirkan' saya dengan didikan dan ilmu tanpa memandang perbezaan bangsa serta agama sehingga berjaya membentuk keyakinan diri saya," kata lelaki berbangsa Tionghoa, Kevin Khoo.
Kevin, 40, mengenang gurunya yang juga Ketua Panitia Bahasa Melayu, Azlina Md Soon atau Cikgu Azlina ketika bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pui Ying, Jalan Kapar di Klang, Selangor, 29 tahun lalu.
Azlina menjadi antara individu penting yang membentuk dan meningkatkan keyakinan diri Kevin.
Semalam, Kevin berkongsi kisah itu di Threads yang mendapat perhatian warganet, selain turut memuji sikapnya kerana masih mengingati serta mengenang jasa gurunya.









