PETALING JAYA – “Kalau orang kata saya mirip arwah, itu pujian paling besar.”
Demikian luahan penuh emosi pelakon, Mila Mohsin apabila tidak mampu menahan sebak mengenang bapanya, Allahyarham Hani Mohsin yang pergi buat selama-lamanya ketika usianya belum mencecah 10 tahun.
Mila atau nama sebenarnya Hani Karmila Hani Mohaib, 29, berkata, setiap kali orang menyamakan mereka, itu bukan sekadar persamaan rupa atau perwatakan, sebaliknya mengingatkan bahawa sebahagian daripada insan yang paling dicintai masih hidup dalam dirinya.
Pada masa sama, pelakon teater Puteri Gunung Ledang The Musical itu menyifatkan bapanya juga merupakan antara insan paling besar pengaruhnya dalam membentuk keperibadian dan dirinya.










