PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, berkata beliau semakin kurang aktif dalam PKR kerana parti itu gagal mengambil tindakan berhubung kebimbangan dibangkitkan mengenai isu 'mafia korporat'.
Menjawab dakwaan tidak aktif dalam parti lebih setahun, beliau berkata, tindakannya menjauhkan diri adalah bersebab.
"Kenyataan bahawa saya telah 'lebih setahun hilang' daripada urusan parti adalah tidak tepat. Ia mengalihkan perhatian daripada punca sebenar keadaan ini. Saya mula kurang aktif selepas isu korporat mafia yang saya bangkitkan melalui saluran dalaman tidak diendahkan," katanya.






