am@hmetro.com.my
Kota Kinabalu: Kakak tiri Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir mendedahkan lima tangkap layar memaparkan pertengkaran di Facebook (FB) antara dirinya dengan ibu tirinya, Noraidah Lamat di Mahkamah Koroner, di sini, hari ini.
Malianah Mahathir, 25, memberitahu mahkamah, dia menerima tangkapan skrin berkenaan daripada bapanya, Mahathir Mohd Hashim, selepas bertengkar dengan ibu tirinya itu ketika berusia 13 tahun.
"Bapa mengambil tangkapan skrin berkenaan dan menghantarnya kepada saya, jadi saya menyimpannya sehingga kini.
"Bapa menghantar tangkapan skrin itu kerana mahu tahu mengapa saya bertengkar dengan Mama Zara," katanya.










