firdaushashim@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kuching City FC mahu menjadikan aksi pembukaan Kumpulan A Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) merebut Piala Shopee menentang Tampines Rovers di Stadium Taha Ariffin, malam esok sebagai medan untuk bangkit selepas berehat hampir dua minggu sepanjang kalendar antarabangsa FIFA.
Jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak berkata, tempoh rehat itu memberi peluang kepada pemain mendapatkan semula kecergasan selepas mengharungi jadual padat sejak awal musim yang menyaksikan mereka beraksi dalam Liga Super, Piala FA dan Liga Juara-Juara Asia II (ACL II).
Menurutnya, jadual padat itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada prestasi pasukannya sebelum saingan domestik dan Asia berehat pada hujung bulan lalu.










