Auckland: Bekas kapten New Zealand, Scott Barrett kembali membuat penampilan pertama tahun ini apabila disenaraikan dalam kesebelasan utama All Blacks menentang Australia pada aksi pembukaan Piala Bledisloe, Sabtu ini.

Dia sebelum ini diketepikan babgi membolehkan proses pemulihan dijalankan selepas melakukan pembedahan belakang badan pada Mei lalu.

Adiknya, Beauden Barrett turut kembali ke kesebelasan utama selepas menggantikan Richie Mo'unga yang mengalami kecederaan betis.

Mo'unga terpaksa diketepikan bagi siri dua perlawanan itu akibat kecederaan otot betis dan turut diragui untuk empat aksi Kejohanan Empat Negara di United Kingdom pada November ini.

Jurulatih baharu, Dave Rennie melakukan enam perubahan pemain dan dua pertukaran posisi daripada pasukan yang tewas 43-28 kepada juara dunia, Springboks di Baltimore empat minggu lalu.