KPT memantau rapat perkembangan kualiti udara dan mengarahkan semua IPT di bawah seliaannya memantau bacaan IPU di lokaliti masing-masing.

PETALING JAYA: Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 201 diberi autonomi menentukan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang sesuai.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata langkah itu bertujuan mengurangkan risiko kesihatan kepada warga kampus, selain memastikan pembelajaran mahasiswa dapat diteruskan.

“Pengurusan IPT di kawasan yang mencatatkan IPU melebihi 201 diberi autonomi menentukan mod Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang bersesuaian bagi mengurangkan risiko kesihatan dan memastikan pembelajaran mahasiswa diteruskan,” katanya dalam kenyataan.