Pelarian Myanmar menaiki sebuah kapal untuk dihantar pulang ke negara asal pada fasa pertama penghantaran pulang di pangkalan TLDM Lumut, Perak. (Gambar KDN)

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam memohon kebenaran Mahkamah Tinggi untuk mencabar rancangan kerajaan bagi menghantar pulang kira-kira 5,000 pelarian dan pencari suaka Myanmar.

Majlis Peguam turut memohon supaya penghantaran pulang itu dihentikan sementara menunggu keputusan mahkamah terhadap permohonannya.

Peguam Negara membantah kedua-dua permohonan Majlis Peguam untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman dan permohonannya untuk mendapatkan penangguhan.

Majlis Peguam berkata membenarkan penghantaran pulang itu diteruskan boleh menyebabkan semakan kehakimannya tidak lagi berkesan, kerana penghantaran individu berkenaan kembali ke Myanmar tidak boleh dipulihkan.