PUTRAJAYA: Malaysia masih menunggu hasil perbincangan dengan Kerajaan Myanmar sebelum meneruskan fasa seterusnya bagi operasi penghantaran pulang warga negara itu.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata pihaknya sedang menunggu maklum balas daripada Kementerian Luar yang akan mengendalikan rundingan dengan Kerajaan Myanmar berhubung operasi berkenaan.
"Kita masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Luar bagi rundingan dengan Kerajaan Myanmar.
"Selepas kita menerima tarikh, pembabitan kita adalah dari segi operasi. Kita akan membuat persiapan diperlukan dan mengenal pasti mereka yang akan dihantar pulang," katanya pada sidang media operasi khas jabatan itu, di sini, hari ini.








