PETALING JAYA – Dua nama ikonik dalam arena muzik indie tempatan, OAG dan The Times bakal mencipta sejarah tersendiri apabila bergabung atas satu pentas menerusi konsert Disko Dansa Generasiku pada 10 Oktober ini.
Konsert yang berlangsung di Odeon Kuala Lumpur bukan sekadar menghimpunkan dua kumpulan berbeza generasi, malah menyaksikan OAG dan The Times beraksi bersama dalam persembahan istimewa itu.
Vokalis OAG, Radhi, menyifatkan Disko Dansa Generasiku sebagai sebuah pertemuan yang membawa makna besar buat perjalanan muzik tempatan.
“Konsert ini bukan sekadar tentang OAG atau The Times, tetapi tentang perjalanan muzik alternatif Malaysia yang saling bersambung dari satu generasi ke generasi yang lain.






