KUALA LUMPUR: Presiden Myanmar Min Aung Hlaing akan melawat Malaysia dalam tempoh beberapa hari lagi bagi membincangkan penyelesaian jangka panjang terhadap isu pelarian Myanmar di negara ini, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata antara syarat dikemukakan Malaysia ialah warga Myanmar perlu dibenarkan pulang ke negara mereka dengan jaminan bahawa mereka akan dilayan dengan sewajarnya.
“Kita letak syarat bahawa kita perlu pulangkan warga Myanmar dan mesti ada jaminan layanan yang baik kepada mereka supaya tidak berlaku penderaan, tekanan atau pencabulan hak asasi manusia,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.






