zanariah_mutalib@bh.com.my
Kuala Lumpur: Isu keberadaan pelarian di negara ini hanya boleh diselesaikan menerusi tiga pendekatan utama merangkumi penghantaran pulang, penempatan di negara ketiga atau tindakan pengusiran terhadap pesalah imigresen dan jenayah.
Ia adalah antara perkara yang dikenal pasti Jawatankuasa Pilihan (JKP) Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi melalui libat urus dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 25 November tahun lalu, mengenai dasar, pelaksanaan dan cabaran pengurusan pelarian di Malaysia.
Pengerusi JKP berkenaan, William Leong berkata, konflik berpanjangan di Myanmar dan pengurangan kuota penempatan semula ke negara ketiga didapati menyebabkan pelarian kekal berada di Malaysia untuk tempoh yang panjang.










