KUALA LUMPUR: Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 dijangka diserahkan kepada Kementerian Pertahanan pada April 2027.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata tarikh baharu itu diberikan Lumut Naval Shipyard (LUNAS) selepas kontraktor berkenaan tidak dapat memenuhi komitmen asal untuk menyerahkan kapal terbabit pada Disember 2026.
"Kelewatan itu berpunca daripada rangkaian kerja yang masih belum selesai, termasuk kerja-kerja perpaipan, pemasangan kabel, pemasangan dan pemeriksaan peralatan, serta aktiviti pengujian dan pentauliahan yang seterusnya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Rakyat, hari ini.
Berita lanjut menyusul










/file/attachments/orphans/catsanddog12_879745.png)