KUALA LUMPUR: Anak kepada Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee iaitu Sazali, 68, mengalu-alukan cadangan kerajaan untuk memperoleh atau membeli semula hak pemilikan, hak cipta, serta pengurusan filem-filem bapanya demi memelihara khazanah seni tanah air.
Sazali berkata, beliau sedia membuka pintu perbincangan bersama mana-mana pihak terutamanya kerajaan bagi memastikan karya agung bapanya dipelihara sebagai aset warisan negara selama-lamanya.
"Saya ada ternampak benda ini menerusi siaran berita di TV dan melihatnya sebagai usaha yang amat bagus. Diharapkan ia dapat dilaksanakan dengan segera.
"Saya sering buka pintu kepada mana-mana pihak terutamanya kerajaan. Boleh saja datang bersembang jika perlu. Hak pemilikan filem ayah saya berada pada Shaw Brothers, jika boleh dikaji balik, ia satu perkara positif.










/file/attachments/orphans/catsanddog12_879745.png)