Setakat 5 petang tadi, beberapa lokasi di Johor rekod bacaan IPU tahap tidak sihat, dengan Segamat (179), Batu Pahat (177), Pasir Gudang (176), catat bacaan tertinggi. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Semua sekolah di Johor ditutup dua hari bermula esok susulan keadaan jerebu dan kemerosotan kualiti udara di semua daerah.

Exco Pendidikan dan Penerangan negeri Muhammad Naqib Md Ghazali berkata, keputusan berkenaan dibuat atas titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail sebagai langkah berjaga-jaga demi menjaga keselamatan serta kesihatan murid.

Sepanjang tempoh penutupan itu, katanya, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan bagi memastikan proses pembelajaran dapat diteruskan.