KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) masih berusaha mendapatkan semula bayaran pendahuluan berjumlah RM3.78 juta daripada sebuah syarikat yang telah ditamatkan kontraknya lebih 10 tahun lalu, kata Timbalan Menteri Wong Kah Woh.
Wong berkata, syarikat itu merupakan salah satu daripada dua firma masih aktif yang berhutang bayaran pendahuluan kontraktor dengan jumlah keseluruhan RM5.43 juta.
Katanya, kementerian akan mengambil tindakan susulan berhubung isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026, berpandukan fakta kes dan nasihat undang-undang.





