PETALING JAYA: Kenyataan Penasihat DAP, Lim Guan Eng yang cuba mengaitkan perkembangan terkini projek kapal tempur pesisir (LCS) dengan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi disifatkan satu cubaan menghidupkan semula naratif lama dengan mencampur-adukkan keputusan dan perkembangan projek yang berlaku dalam tempoh lebih sedekad.
Menurut Exco Pemuda UMNO, Fadzmel Fadzil berkata, projek LCS telah melalui pelbagai peringkat pentadbiran, beberapa Menteri Pertahanan, proses semakan, siasatan, audit forensik, tindakan undang-undang dan akhirnya penstrukturan semula oleh Kerajaan.
Jelasnya, pada peringkat awal, nama Ahmad Zahid memang cuba dikaitkan dengan projek LCS berdasarkan dokumen dan keputusan awal ketika beliau menerajui Kementerian Pertahanan.









