sukan@hmetro.com.my
Kuching: Dua jaringan Gabriel Peres pada penghujung perlawanan menyelamatkan Kuching City FC daripada kekalahan apabila terikat 2-2 dengan Tampines Rovers FC dalam aksi Piala Kelab ASEAN (ACC) Shopee 2026 di Stadium Taha Ariffin, malam ini.
Ketinggalan 0-1 sejak minit ke-13, Kuching City yang tampil di hadapan penyokong sendiri kerap mengasak kubu pasukan dari Singapura itu, namun ketumpulan penyudah menyaksikan beberapa peluang terbaik gagal dimanfaatkan.
Tuan rumah hampir membuka jaringan seawal minit ke-10 menerusi Safawi Rasid, namun rembatannya melambung walaupun mempunyai ruang terbuka di hadapan pintu gol.
Tiga minit kemudian, Tampines Rovers menghukum kelekaan Kuching City menerusi Naberu Furusawa yang menyudahkan serangan balas untuk meletakkan pelawat di depan.










