am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), selepas tidak sedarkan diri di kediamannya, pagi tadi.
Wan Ahmad Fayhsal berkata, kejadian berlaku ketika beliau membantu menyiapkan tugasan sekolah anaknya sebelum pengsan sehingga 6 petang tadi.
"Pada awal pagi tadi, ketika saya siapkan latihan kerja sekolah anak, tiba-tiba saya tidak sedarkan diri sama sekali sampailah jam 6 petang.
"Saya kini berada di HKL untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan mengejut (kecemasan). Insya-Allah saya akan melalui ujian CT Scan (imbasan Tomografi Berkomputer)," katanya dalam satu kenyataan menerusi hantaran di media sosial, hari ini.










