GUA MUSANG: Polis menahan seorang penunggang motosikal disyaki mengedar dadah dengan membawa 1,104 pil yaba dan 19.33 gram (g) syabu di FELDA Aring 1, di sini.
Suspek lelaki tempatan berusia 46 tahun diberkas ketika menunggang motosikal kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi, oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, yang menjalankan Op Tapis.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata hasil pemeriksaan ke atas motosikal ditunggang suspek menemukan 1,104 pil yaba seberat 110.4g dan syabu dianggarkan bernilai RM20,000.
"Hasil ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek positif methamphetamine.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.









