KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas tidak sedarkan diri di kediamannya, pagi tadi.
Wan Ahmad Fayhsal berkata, kejadian berlaku ketika beliau membantu menyiapkan tugasan sekolah anaknya sebelum pengsan hingga jam 6 petang tadi.
"Pada awal pagi tadi ketika saya sedang siapkan latihan kerja sekolah anak, tiba-tiba saya tidak sedarkan diri sama sekali sampailah jam 6 petang.
"Saya kini berada di HKL untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan mengejut (kecemasan).
"Insya-Allah, saya akan melalui ujian CT Scan (Imbasan Tomografi Berkomputer)," katanya dalam hantaran melalui media sosial, hari ini.










