safeek@bh.com.my
Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung sudah lama tidak aktif dalam PKR selepas tidak pernah hadir dalam mesyuarat parti berkenaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden PKR itu berkata, Chean Chung juga tidak menghadiri Kongres Nasional PKR bagi tempoh lebih setahun, sekali gus menunjukkan beliau sudah tidak lagi berminat untuk terus bergiat aktif dalam PKR.
"Dia (Chean Chung) dah berhenti lama, dah setahun, dia tidak pernah hadir menyuarat, Kongres parti pun tak hadir dan tak pernah campur soal urusan parti, jadi sesuailah.
"Kalau dah tak minat, tak ada masalah, pergi dengan baik dan terima kasih atas sumbangan selama ini.






