Peletakan jawatan Lee Chean Chung sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya menyusul penggantungan keahliannya daripada PKR selama tiga tahun.

PETALING JAYA: Lee Chean Chung mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya susulan penggantungan keahlian daripada PKR selama tiga tahun.

Pada sidang media, Lee memaklumkan pada 30 Sept bahawa keahlian PKR beliau digantung tiga tahun.

"Adakah saya patut terus menerima gaji sebagai Ahli Parlimen, tetapi hanya duduk senyap seperti tunggul? Tidak. Justeru saya, Lee Chean Chung hari ini mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya tanpa syarat," kata bekas pengarah komunikasi PKR itu.

Ahli Parlimen penggal pertama itu, berkata beliau akan meletakkan jawatan daripada PKR pada Isnin.