PASIR MAS: Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) merancang mengusahakan semula lebih 2,000 hektar sawah terbiar di Kelantan bagi meningkatkan pengeluaran padi negeri, sekali gus mencapai sasaran hasil enam tan sehektar berbanding 4.3 tan ketika ini.

Pengerusinya, Khalid Abdul Samad, berkata usaha berkenaan turut merangkumi penerokaan kawasan baharu yang berpotensi dibangunkan sebagai kawasan pertanian, khususnya penanaman padi.

Katanya, sasaran peningkatan hasil itu mampu dicapai berdasarkan prestasi sebahagian petani di kawasan tertentu yang sudah memperoleh hasil sehingga 10 tan sehektar.

"Kita nak cuba tingkatkan hingga mencapai enam tan sehektar walaupun kita tahu bahawa ada petani di kawasan yang tertentu, mereka sudah pun mencapainya malah dan ada yang sampai ke 10 tan sehektar.