KOTA TINGGI – Timbalan Perdana Menteri menegur tindakan anak Datuk Ismail Lasim yang sebelum ini mempertikaikan mengapa Barisan Nasional (BN) mengeluarkan kenyataan berhubung perletakan jawatan bapanya sebagai Menteri Besar.

​Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, campur tangan ahli keluarga dalam perkara itu menjadi satu masalah kerana ia menyentuh soal pentadbiran negeri dan kedudukan Menteri Besar serta bukannya urusan peribadi keluarga.

“Ini isu pentadbiran negeri. Anak beranak campur ini apa hal? Ini soal menteri besar, bukan soal bapaknya Ismail Lasim,” katanya pada sidang akhbar selepas hadir Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KDW) Dengan Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) Ke- 62 Bilangan 2 Tahun 2026 di Desaru Coast Conference Centre (DCCC), hari ini.