KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan didorong pertimbangan politik, sebaliknya bagi memastikan sistem percukaian negara tidak membebankan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan semula GST ketika pendapatan rakyat masih rendah bukan pilihan yang wajar kerana cukai itu bersifat menyeluruh dan berpotensi meningkatkan tekanan kos sara hidup.Beliau, bagaimanapun berkata kerajaan terbuka untuk membuat penyesuaian terhadap sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada, termasuk menangani isu cukai berganda yang dibangkitkan pihak industri tanpa perlu beralih kepada GST."Saya bukan dogmatik dalam ekonomi. Sistemnya masih SST, tetapi satu dua penyesuaian supaya perbaiki sistem itu, baik. Mengapa kita tak mahu?"Saya keras tak mahu GST. Bukan soal politik. Apa politiknya? Kalau menguntungkan ekonomi negara dan menguntungkan rakyat, saya (akan) teruskan (GST)," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini. - Bernama
Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar

Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan penolakan pelaksanaan semula GST bukan kerana politik, tetapi untuk mengelakkan bebanan kepada rakyat berpendapatan rendah. Kerajaan tetap menggunakan sistem SST dan bersedia membuat penyesuaian untuk menangani isu cukai berganda.
- Anwar menyatakan pelaksanaan semula GST tidak wajar kerana pendapatan rakyat masih rendah dan cukai itu bersifat menyeluruh.
- Kerajaan komited untuk mengekalkan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada.
- Kerajaan terbuka membuat penyesuaian pada sistem SST untuk menyelesaikan isu cukai berganda tanpa beralih kepada GST.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Penolakan politik perkauman di AS wajar jadi pengajaran
- Free Malaysia Today Berkeras tolak GST bukan sebab politik, kata Anwar
- Sinar Harian Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar (this story)





%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fadlyzahari1_424610.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)


