KAJANG - Seorang lelaki diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kejadian mencuri dompet milik seorang individu di Taman Rakan, Cheras, di sini pada Rabu.Suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang kira-kira jam 10 malam hasil maklumat dan risikan dijalankan.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 10.15 pagi hari sama.Menurutnya, mangsa menyedari kehilangan dompet yang disimpan di dalam kenderaannya kira-kira jam 8 pagi."Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki tidak dikenali memasuki kawasan rumah mangsa sebelum mengambil dompet berkenaan."Dompet itu mengandungi kad pengenalan serta kad ATM dan debit milik mangsa," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sebelum ini tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki menceroboh kawasan kediaman di sini sambil dilihat cuba memecah masuk sebuah rumah sebelum dilihat mencuri sesuatu dalam sebuah kenderaan.Beliau berkata, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Modenas Kriss dan topi keledar berwarna hitam yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan kes berkenaan."Suspek dibawa ke Mahkamah Kajang pada Khamis dan perintah reman selama sehari dibenarkan oleh Majistret bagi membantu siasatan lanjut."Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohamad Zamri Mohamad Nor menerusi talian 010-2848 761 bagi membantu siasatan.
Lelaki ceroboh kediaman, curi dompet dalam kereta diberkas

Key takeaways
Lelaki berusia 20-an ditangkap di Kajang kerana mencuri dompet di Taman Rakan, Cheras, dan cuba memecah masuk kediaman. Polis merampas motosikal Modenas Kriss dan topi keledar hitam.
- Suspek ditangkap sekitar jam 10 malam selepas CCTV menunjukkan dia masuk kediaman dan mencuri dompet.
- Dompet mangsa mengandungi kad pengenalan, ATM dan debit.
- Polis merampas motosikal Modenas Kriss dan topi keledar hitam yang dikaitkan kes.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian 'Tak sampai sehari curi dompet, sudah kena tangkap'
- Sinar Harian Lelaki ceroboh kediaman, curi dompet dalam kereta diberkas (this story)







