New York : Seorang lelaki ditikam di leher dalam kejadian menggemparkan di parti Halloween tahunan anjuran pelakon terkenal Hollywood, Jamie Foxx.

Majlis yang berlangsung di kediaman mewah pelakon filem Django Unchained itu di Thousand Oaks, California turut dibantu pengurusannya oleh anak perempuannya, Anelise Bishop, 18.

Memetik laporan AsiaOne, sambutan meriah itu bertukar kecoh pada Sabtu lalu apabila pasukan kecemasan terpaksa dipanggil ke lokasi kejadian.

Sumber memberitahu portal TMZ bahawa polis dan anggota paramedik bergegas ke kediaman berkenaan sebelum menemukan seorang lelaki yang mengalami luka di leher, namun kecederaannya dilaporkan tidak serius.