Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dibenarkan tinggal bersama ahli keluarga terdiri isteri, anak-anak, menantu, cucu ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagaimanapun Najib tidak dibenarkan untuk menerima tetamu melainkan dengan izin bertulis.

"Najib tidak dibenarkan tinggal bersama seseorang yang lain selain daripada ahli keluarga kecuali dengan kebenaran bertulis.

"Dalam masa sama Najib tidak boleh dedahkan, libatkan diri dalam majlis keramaian jauh sekali daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik," katanya dalam penjelasan di Parlimen, di sini, hari ini.