Kuala Lumpur: Pembangkang mencabar kerajaan memecat semua menteri daripada DAP susulan tindakan pemimpin parti itu yang didakwa mempersoal keputusan pengampunan diraja terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tindakan itu wajar diambil susulan kenyataan menteri DAP yang sebelum ini mahu meletakkan jawatan sekiranya Najib dibenarkan pulang ke rumah.
"Kita tak pertikaikan keputusan mahkamah, apatah lagi perintah pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim seperti beberapa orang menteri daripada DAP yang secara tidak langsungnya mempertikaikan keputusan 'Najib sampai rumah, aku letak jawatan'.
"Amboi engkau siapa? Kenapa engkau (Menteri Pengangkutan, Anthony Loke) seorang saja letak jawatan? Kepada menteri-menteri DAP keluarkan (letak jawatan) semua.








