HANG TUAH JAYA - Menteri daripada Barisan Nasional (BN) yang didakwa tidak sehaluan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya dipecat bagi memastikan kestabilan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu wajar dipertimbangkan susulan perbalahan terbuka antara pemimpin BN dengan Perdana Menteri yang disifatkan boleh menjejaskan kelancaran pelaksanaan dasar kerajaan.Menurutnya, pemimpin yang menjadi sebahagian daripada kerajaan seharusnya menghormati prinsip pentadbiran dengan tidak mengkritik kerajaan sendiri secara terbuka sehingga menimbulkan gambaran seolah-olah berlaku keretakan dalam kerajaan."Kalau saya jadi Perdana Menteri, saya dah pecat mereka. Saya rombak Kabinet dan tentukan supaya mereka yang tidak sehaluan dengan saya ini tidak boleh duduk di situ, malah tidak boleh bersama dalam kerajaan."Sebab mereka akan menggagalkan segala dasar kerajaan. Mungkin tujuan itulah yang mereka lakukan supaya kerajaan yang dipimpin Anwar akan tumbang," katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Rafizi Ramli bahawa peletakan jawatan Anthony Loke turut mewajarkan Anwar menggugurkan menteri UMNO daripada Kabinet dan BN daripada Kerajaan Persekutuan.Beliau sebelum itu menyertai Program Santuni Rakyat bersama calon Bersatu Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee di Pasar Besar MBMB, Bachang, di sini, pada Sabtu.Turut hadir, Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.Tambah Muhyiddin, pendirian BN semakin menimbulkan kekeliruan memandangkan parti itu masih mempunyai wakil dalam kerajaan termasuk Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri.Jelasnya, sebagai anggota kerajaan, sebarang ketidakpuasan hati terhadap dasar atau keputusan pentadbiran sepatutnya diselesaikan menerusi perbincangan di peringkat parti atau Kabinet, bukannya diluahkan secara terbuka."Prinsipnya, kalau kita menjadi anggota dalam sebuah kerajaan, kita tidak mengecam kerajaan sendiri atau parti yang ada dalam kerajaan. Itu prinsip biasa."Apa-apa isu yang tidak dipersetujui, bawa berbincang di peringkat parti atau Kabinet, bukan diluahkan di luar sehingga menunjukkan bukan sahaja berlaku keretakan, malah seolah-olah Kerajaan Perpaduan sudah mahu pecah," jelasnya.
Anwar patut pecat menteri BN tak sehaluan - Muhyiddin

Key takeaways
Muhyiddin menyarankan menteri BN yang tidak sehaluan dengan Anwar Ibrahim perlu dipecat untuk memastikan kestabilan kerajaan.
- Muhyiddin menyatakan menteri BN yang tidak sehaluan dengan Anwar perlu dipecat.
- Beliau menegaskan pemimpin dalam kerajaan perlu menghormati prinsip pentadbiran.
- Muhyiddin menyatakan tindakan itu diperlukan untuk mengelak kerajaan dari tumbang.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- FARAH SHAZWANI ALI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Kiandee ingatkan Muhyiddin Bersatu pernah pecat 6 MP sokong Anwar
- Malaysiakini (BM) ‘Cakaplah!’ – Anwar cabar menteri Umno bersuara dalam kabinet
- Sinar Harian Anwar patut pecat menteri BN tak sehaluan - Muhyiddin (this story)








