KUALA LUMPUR: Perbezaan pandangan di antara kementerian tidak mencerminkan perpecahan di dalam kerajaan.

Sebaliknya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, itu sebahagian daripada proses perbincangan dan pertimbangan dasar yang mengambil kira tanggungjawab, bidang kuasa serta keutamaan masing-masing, demi memastikan agenda kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa memastikan penyelarasan di antara kementerian dilaksanakan secara teratur bagi menjamin keselarasan dasar, mengelakkan pertindihan fungsi dan memastikan setiap keputusan dibuat berdasarkan kepentingan rakyat, keutamaan pembangunan negara serta kemampuan kewangan kerajaan.

"Pada masa sama, prestasi ekonomi negara terus dipantau secara berterusan berdasarkan data dan indikator ekonomi semasa.