KUALA LUMPUR: Perbezaan RM2.1 bilion antara perbelanjaan sebenar dengan peruntukan asal Program Jalan Luar Bandar (JALB) bagi tempoh 2023 hingga 2025 bukanlah bukti berlakunya kehilangan wang atau penyelewengan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbezaan itu timbul apabila perbelanjaan sebenar berjumlah RM6.108 bilion dibandingkan dengan peruntukan asal sebanyak RM3.982 bilion tanpa mengambil kira peruntukan tambahan dan pindaan yang dibuat sepanjang tempoh berkenaan.
“Perbezaan RM2.1 bilion berbanding peruntukan asal itu bukan dengan sendirinya bukti wang hilang, ketirisan atau penyelewengan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.








