Seremban: Tidak hanya hidup sebatang kara, lebih menyedihkan apabila seorang lelaki tinggal sehelai sepinggang apabila rumah sewanya di Jalan Cempaka 1, Ampangan, di sini, hangus dijilat api malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, Othman Ibrahim, 57, sempat keluar menyelamatkan diri tanpa membawa barangan berharga termasuk dompetnya.

Dia yang ditemui berkata, kebiasaannya dia akan memasak dan memberi makan kepada 10 kucing di bahagian dapur rumahnya selepas pulang kerja sekitar jam 7 malam.

"Bagaimanapun ketika memasak, saya terhidu bau hangit seperti orang bakar sampah. Saya jenguk keluar tetapi tidak melihat sesiapa bakar sampah sebelum masuk semula untuk memasak.