Melaka: Gelandangan dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menyimpan kereta curi dan mempamerkan nombor pendaftaran palsu bulan lalu.
Majistret Uthman Abd Ghani menjatuhkan hukuman itu terhadap Chay Kin Fatt, 55, selepas mengambil kira fakta kes, rayuan pembelaan dan hujah pendakwaan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan bagi pertuduhan pertama dan setahun bagi pertuduhan kedua, dengan kedua-duanya diperintahkan berjalan serentak bermula tarikh tertuduh ditangkap pada 22 September lalu.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menyimpan kereta Perodua Myvi milik seorang lelaki berusia 31 tahun bernilai kira-kira RM20,000.









