MEXICO CITY: Mahkamah Mexico, menjatuhkan masing-masing hukuman penjara 158 tahun sembilan bulan terhadap tiga lelaki yang didapati bersalah membunuh dua beradik warga Australia dan rakan mereka dari Amerika Syarikat (AS) ketika mangsa menyertai percutian meluncur ombak di Baja California pada 2024, menurut pegawai kehakiman.
Tertuduh yang dikenal pasti pihak berkuasa sebagai Jesus Gerardo N dikenali sebagai El Kekas, Irineo Francisco N dan Angel Jesus N, didapati bersalah seminggu lalu atas pertuduhan membunuh, rompakan dengan pemberatan, rompakan menggunakan kekerasan serta mencuri kenderaan dengan kekerasan.
Mangsa ialah dua beradik warga Australia, Jake Robinson, 33, dan Callum Robinson, 30, serta rakan mereka dari AS, Jack Carter Rhoad, 30.








