Besut: "Suami sentiasa memaklumkan lokasi terkini serta keadaan dirinya menerusi WhatsApp," kata Nur Aliah Zamin, isteri kepada seorang daripada dua lelaki yang dikhuatiri sesat di kawasan hutan berhampiran Pusat Rekreasi Kolam Air Panas La Hot Spring, di sini.
Nur Aliah, 20, berkata, suaminya, Adam Adnan, 25, bersama bapa mentuanya, Adnan Mohamad, 57, masuk ke kawasan hutan berkenaan, 7 pagi Khamis lalu bagi mencari akar kayu untuk tujuan berubat.
Bagaimanapun, keluarga cemas dan bimbang apabila mereka gagal keluar dari hutan seperti yang dirancangkan.
"Petang hari kejadian kira-kira jam 6.30 petang, suami memaklumkan dia tidak larat untuk keluar dari hutan kerana hampir pitam dan bercadang untuk bermalam di situ.










