Sungai Buloh: Kerajaan akan memulakan program latihan industri dengan jaminan pekerjaan bagi meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, pihaknya sebelum ini sudah berkunjung ke Bangkok, Thailand serta Singapura bagi tujuan berkenaan.
"Kita ada persefahaman dan akan mulakan program latihan industri dengan jaminan pekerjaan.
"Kita akan tukar. E-Tech akan hantar pelajar kita ke sana dan kita akan ambil pelajar daripada mereka, antaranya Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Singapura," katanya kepada media selepas merasmikan Program MADANI Kita 2026 Sungai Buloh, Memaknai Harapan Rakyat di Kota Damansara, hari ini.










